Friday 30 December 2016

Pendaftaran Pelajar 6 Atas 2017

Ini adalah entri terakhir pada tahun 2016 ini. Hari ini telah diadakan pendaftaran pelajar kelas 6 atas. Pendaftaran bermula pada jam 8.30 pagi di bilik kuliah prauniversiti. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan.


Para pelajar nampaknya begitu ceria dan bersemangat untuk memulakan tahun baru ini yang sudah pasti lebih mencabar dari tahun sebelumnya. Semoga momentum ini bertahan hingga ke akhir tahun 2017.
Eh! Dah tahun baru la.

SELAMAT TAHUN BARU 2017 kepada semua warga PPU SMKTPD dan para pembaca blog ini.

See you next year !!!

Friday 25 November 2016

MAJLIS PERSARAAN MR. LOOI

Hari ini, PPU SMKTPD kehilangan seorang tenaga pengajar yang sangat berpengalaman dan dedikasi. MR. LOOI CHAN FOK. Beliau telah mengajar di sekolah ini selama 17 tahun dan mengajar mata pelajaran Fizik. Beliau seorang yang suka travel dan sangat peramah orangnya. Beliau juga telah melahirkan ramai pelajar fizik yang berjaya sepanjang perkhidmatannya.

Sudah menjadi adat dunia, bertemu dan berpisah. Yang bekerja juga akan bersara akhirnya. Namun jasa dan bakti beliau akan sentiasa di kenang. Berikut adalah gambar2 kenangan pada majlis persaraan beliau hari ini.
Sentiasa senyum dan ceria


Pn. Haslinda, Pn. Ani, Pn. Ija, Pn. Jahara dan Pn. Laila di situ

Pelajar yang hadir

Pn. Hjh. Leen, Pn. Che Su, Pn. Badariah, Pn. Zalifah & Pn. Zunaidah 

Kelihatan Pn. Inaz, Datin Teng, Pn. Akmal & Pn. Shida 


Pn. Rebiah & Mr. Raja sebagai MC hari ini

Menerima jambangam bunga dari isteri tersayang

Ucapan terakhir sebelum bersara

Persembahan flashmob oleh pelajar tingkatan 6

Mr. Looi join sekali flashmob

Time to go....

Au lang syne Mr. Looi

SELAMAT BERSARA CIKGU

Thursday 27 October 2016

MAJLIS REDHA ILMU STPM 2016

Hari ini juga turut diadakan Majlis Redha Ilmu untuk pelajar pra u yang bakal menduduki peperiksaan bermula 7 november ini. Majlis ini dianjurkan dengan jayanya oleh pihak Kaunselor SMKTPD. Berikut adalah gambar yang telah diambil sepanjang program berlangsung.










Pihak PPU SMKTPD ingin mengucapkan setinggi terima kasih kepada pihak kaunselor yang telah memastikan majlis ini berjalan lancar.

Majlis Penyampaian Hadiah Program Hari Sukan Negara

Hari ini diadakan majlis penyampaian hadiah sempena Program Hari Sukan Negara 8 Oktober lalu.






Saturday 22 October 2016

PERTANDINGAN BOLA KERANJANG PERINGKAT NEGERI 2016

Hari ini, PPU SMKTPD menyertai pertandingan Bola Keranjang peringkat negeri yang diadakan di Paroi. Pasukan lelaki kurang bernasib baik tetapi pasukan perempuan telah meraih JOHAN.
2016 CHAMPION
Cuba lagi tahun depan

Syabas dan tahniah diucapkan kepada para peserta dan guru Koko PPUSMKTPD atas kejayaan team bola keranjang tahun ini.
Semoga terus cemerlang di tahun hadapan.

Friday 14 October 2016

MAJLIS MAKAN MALAM PERTINA & PERSARAAN EN. LOOI

Malam ini diadakan Majlis Makan Malam & Persaraan En. Looi. Majlis ini dianjurkan oleh PERTINA. Tema majlis kali ini ialah Smart and Elegant dan dress code pula ialah 'color block' with masqurade. Berikut adalah beberapa gambar kenangan sepanjang majlis ini berlangsung.

Orang kuat dinner 2016
Cikgu Ija & cikgu Ani dibantu oleh MPP
Cikgu cikgu bergambar di booth sebelum majlis bermula
Para pelajar bergaya menepati dress code 'color block'
Para tenaga pengajar yg datang dan sporting mengenakan masqurade
Tenaga pengajar yg ceria & bersemangat malam ni
GPK T.6 En. Sobri memulakan ucapan
Diikuti ucapan puan pengetua - terima kasih kerana sudi datang puan
Ucapan mr. Looi, bakal bersara tahun ini
Jasamu akan sentiasa dikenang
Mr. Looi bersama isteri, pn. Tee memotong kek persaraan
Pelajar bergaya smart n elegant gitu
Ada makanan di sini
Wow...pencuci mulut
Sahabat selamanya
Muka muka happy para pelajar
Wefie dulu lorrr
Para jejaka Melayu terakhir
Makanan lagi...masa untuk makan
Sambil tu ada persembahan daripada pelajar
Turut diadakan sambutan ulangtahun pn. Norakmal
Happy birthday
Sayyy cheeeseeee

Ok, sekian untuk dinner tahun ni
Tahun depan jumpa lagi

WARNA WARNI PPUSMKTPD

WARNA WARNI PPUSMKTPD
Majlis Graduasi 2017

Hubungi kami:

Hubungi kami: