Monday 28 March 2016

PERHIMPUNAN AKADEMIK KALI PERTAMA

Ketibaan Barisan Pengurusan
Guru-guru & Pelajar
Ucapan Aluan GPK Prauniversiti
Ucapan Pengetua Cemerlang SMKTPD

Public Speaking BM
Public Speaking BI
Perkongsian pengalaman oleh pelajar terbaik STPM 2015
Avaraajaeyankavein a/l Avadayan
Slot motivasi oleh Pn. Siau ( Kaunselor) sekolah

SLOT PENYAMPAIAN HADIAH UNTUK PROGRAM PRA U


PENYAMPAIAN SIJIL KEPADA GURU & PELAJAR YANG TELAH MENDERMA DARAH 
PADA 23 MAC 2016
















Guru-guru prauniversiti bergambar kenangan bersama Pengetua selepas majlis tamat


Wednesday 23 March 2016

KEMPEN DERMA DARAH SIRI 1/2016

Kempen Derma Darah adalah merupakan aktiviti tahunan Unit HEP Prauniversiti. Kempen dijalankan dengan kerjasama antara Unit HEP PPU SMKTPD, Unit Kesihatan Pelajar, PBSM & Unit Tabung Darah Hospital Port Dickson.






More pic coming soon...

Friday 11 March 2016

PROGRAM TAKLIMAT MORAL

Program taklimat Moral dijalankan pada setiap hari jumaat oleh para pelajar dan tenaga pengajar non-muslim. Dalam program ini para pelajar akan diberikan satu topik untuk dibentangkan di hadapan kelas. Tajuk-tajuk yang diberi berkaitan dengan isu-isu moral. Dalam masa yang sama para pelajar Muslim berada di surau untuk Bacaan Yaasin. Berikut adalah sedikit gambar sepanjang program ini dijalankan pada hari ini.
Tajuk kami pada pagi ini ialah "Top 10 Bad Habits of Youth Today"
Pembentangan sedang dijalankan
Pelajar sedang tekun mendengar pembentangan
Semoga program ini terus gemilang untuk PPU SMKTPD terbilang

Monday 7 March 2016

UJIAN PENGGAL 2

Minggu ini para pelajar PPU SMKTPD menjalani Ujian Penggal 2. Ujian dijalankan selama 3 hari bermula 7 hingga 9 Mac, dimulai dengan paper Sejarah 2 dan akhir sekali paper Biologi 2 & Fizik 2. Good Luck kepada semua pelajar.

Suasana dalam dewan peperiksaan
Day 1

Friday 4 March 2016

PELANCARAN MENTOR-MENTEE PRAU PERALIHAN STPD 2016

Pelancaran Mentor Mentee Prauniversiti Peralihan telah diadakan pada pagi ini. Program ini adalah kerjasama antara PPU SMKTPD dengan pihak Kaunseling SMKTPD.
Ucapan mula oleh Pengacara Majlis, Pn. Rebiah Mohd Yusof
Ucapan aluan PK Prauniversiti, En. Sobri Saad
Ucapan Pn. Pengetua, Pn. ST Ruhana Binti Ariffin
Ikrar oleh pelajar
Pelajar kelas peralihan (mentee) bersama Mentor masing-masing
Mentor menerima watikah perlantikan daripada Pn. Pengetua
Mentor + Mentee

Penyampaian cenderahati kepada para Kaunselor SMK Tinggi Port Dickson daripada PPU SMKTPD:
Pn. Siau Hoi Yoong
Pn. Sukaryati Bt. Husin (Kaunselor SMKTPD)
Pn. Sivagamy a/p Arumugam
Pn. Fadilah Bt. Ismail
PPU SMKTPD ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Kredit kepada:
Pengetua SMKTPD.
PK-PK Prauniversiti.
Para Kaunselor SMKTPD.
Para Tenaga Pengajar PPU SMKTPD.
Para Pelajar PPU SMKTPD.
Pelajar Peralihan.
Semua pihak yang terlibat secara langsung @ tidak.

Terima Kasih.

Thursday 3 March 2016

PROMOSI JOM MASUK PRAUNIVERSITI

Hari ini telah dijalankan PROMOSI Jom Masuk Prauniversiti untuk mempromosikan PPU SMK Tinggi Port Dickson kepada para pelajar yang mengambil keputusan SPM dibeberapa lokasi "school feeder". Syabas dan terima kasih kepada team guru dan pelajar yang telah berkobar-kobar menjayakan promosi ini. Semoga usaha ini berhasil meningkatkan kemasukan pelajar lepasan SPM ke PPU SMKTPD. Berikut adalah gambar-gambar siaran di lokasi kejadian.
Taklimat oleh PK, En. Sobri Saad kepada team promosi PPUSMKTPD sebelum operasi bermula
En. Avadayan sedang mempromosikan PPU di dewan SMKTPD
Team pn. Laila dan Pn. Saliza di SDASA
Pn. Badariah & Pn. Shafinaz dengan cara tersendiri di SMK Kg. Baru
Cik Roslina & Pn. Hjh. Hazleen dengan persembahan powerpoint yang power di SMK Bukit Saujana
Pn. Puspha and the gangs di SMK Raja Jumaat
Mr. & Mrs Looi serta pelajar promoter di SMK Tanah Merah
En. Razi & Pn. Shima bersama bekas pelajar SMK Pasir Panjang di Pasir Panjang serta gambar di bawah, Pn. Vasanty & Pn Zalifah di SMK Yamtuan Radin

Sekali lagi Syabas & Tahniah kepada semua tenaga pengajar dan para pelajar yang terlibat dalam promosi ini.

Arigatou Gozaimas!!!


KREDIT KEPADA:
Pengetua SMKTPD.
PK 1 SMKTPD.
PK-PK Prauniversiti.
Para Tenaga Pengajar PPU SMKTPD.
Para Pelajar PPU SMKTPD.

WARNA WARNI PPUSMKTPD

WARNA WARNI PPUSMKTPD
Majlis Graduasi 2017

Hubungi kami:

Hubungi kami: