Thursday 25 August 2016

Perkhemahan Integrasi Unit Beruniform Pra-U 2016

Perkhemahan Integrasi Unit Beruniform Pra-U, adalah merupakan aktiviti tahunan permuafakatan Koko Negeri Sembilan. Seperti tahun sebelumnya, sekali lagi Kem Rimba Ilmu (KEMRI), Juasseh menjadi lokasi perkhemahan ini.

PPU SMKTPD tidak ketinggalan menghantar penyertaan pada tahun ini. Seramai 15 pelajar (5 lelaki dan 10 perempuan) menyertainya. Guru pengiring pada tahun ini ialah Pn. Siti Zunaidah dan Pn. Nur Zalifah. Kelainan pada tahun ini ialah perkhemahan diadakan selama 2 hari sahaja iaitu, 24-25 Ogos. Berikut adalah gambar2 aktiviti pelajar yang sempat dirakamkan oleh guru pengiring.

Bergambar bersama GPK Koko T6 sebelum naik Van mr. Chong
Pelajar naik van
Selesai pasang khemah, santai2 dulu
Taklimat oleh Kem Komandon
Taklimat Bantuan Kecemasan bersama JPAM
Latihan kebudayaan: koir patriotik
Taklimat bantuan kecemasan
Hari kedua: Senaman Pagi
Majlis Penutup
Semua gambar diambil secara lintas langsung oleh guru pengiring. Gambar yang lebih jelas akan diupdate kemudian.

Tuesday 23 August 2016

Anugerah Modal Insan Terbilang 2016

Majlis Anugerah Modal Insan Terbilang 2016 pertama kali dianjurkan pihak sekolah bagi meraikan kejayaan pelajar dan bekas pelajar SMKTPD dalam bidang kokurikulum di peringkat sekolah hingga antarabangsa.
Majlis ini diserikan oleh kedatangan YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus.
Berikut adalah gambar yang diperolehi dari pelbagai sumber untuk tatapan para pelawat blog ini.
Buku Program MAMIT 2016
Ucapan Perasmian MB Negeri Sembilan

Penyampaian Anugerah

Puan Pengetua (kiri) bergambar bersama MB

GPK T6 bersama MB N9
Tahniah kepada GPK Koko & semua AJK yang telah memastikan majlis ini berjalan lancar.
Terima kasih juga kepada YAB Menteri Besar Negeri Sembilan atas kesudian menghadiri majlis ini serta menyampaikan anugerah kepada pelajar dan guru-guru yang cemerlang. Terima kasih juga atas sumbangan yang telah diberikan kepada pihak sekolah ini.

JOHAN DEBAT BAHASA INGGERIS 2016

Tahniah diucapkan kepada wakil debat BI SMKTPD kerana berjaya menjadi JOHAN peringkat negeri kali ini. STPD Hebat!














Thursday 18 August 2016

KARNIVAL SUKAN 2016

Center Court, Paroi (17 & 18 Ogos 2016):

Karnival Sukan T6 kembali tahun ini. Seperti biasa, PPU SMKTPD turut tidak ketinggalan mengambil bahagian. Acara yang menjadi tradisi karnival ini ialah Bola Tampar (L&P), Futsal dan Bola Jaring.

Kali ini, PPU SMKTPD telah memenangi tempat NAIB JOHAN dalam acara FUTSAL.
Pasukan Bola Jaring telah berjuang dan hanya kecundang di peringkat suku akhir. Pasukan Bola Tampar Lelaki dan Perempuan tewas di peringkat awal pertandingan dengan kekalahan tipis terhadap pihak lawan.

Tahniah diucapkan kepada pasukan futsal (pemain & guru) atas kejayaan mengharumkan PPU PD. Semoga beroleh Johan tahun depan. Kepada yg tewas, jangan putus asa. Cuba lagi tahun depan.

Berikut adalah gambar2 kenangan yang sempat dirakamkan sepanjang karnival berlangsung:

Team Bola Tampar L, Perlawanan Pertama
Sedang beraksi 


Team Bola Jaring
Lintas langsung dari Gelanggang Futsal
Lagi....Bola Jaring, Suku Akhir
Aksi Bola Tampar Perempuan

JEEEYAH... Masuk ke tak tu
Juara dalam pembikinan...insha Allah tahun depan kami juara
Jagoan Futsal

NAIB JOHAN NEGERI 2016







SEKIAN, DILAPORKAN

WARNA WARNI PPUSMKTPD

WARNA WARNI PPUSMKTPD
Majlis Graduasi 2017

Hubungi kami:

Hubungi kami: