Saturday 12 August 2017

KEJOHANAN MERENTAS DESA PRAUNIVERSITI 2017 (Terbuka Johor)

Hari ini seramai 40 pelajar tingkatan 6 PPUSMKTPD telah berangkat seawal jam 3 pagi ke Kluang, Johor bagi menyertai kejohanan merentas desa prauniversiti peringkat Antarabangsa (Terbuka Johor). Seramai 7120 mengambil bahagian pada tahun ini.

Alhamdulillah, salah seorang peserta ppu STPD telah berjaya menduduki tempat ke-19 dan sekaligus mengharumkan nama PPU SMKTPD di peringkat kebangsaan khasnya dan Negeri Sembilan amnya. Berikut adalah gambar2 yang telah dirakamkan sepanjang kejohanan.



Swafoto dulu sebelum warming up








SHARIFAH SYAFIQAH
Menduduki tempat ke-19, daripada 2055 peserta perempuan
Syabas & tahniah diucapkan
Guru pengiring:
 Cikgu Haslinda, Cikgu Ija, Cikgu Hazleen dan Cik Roslina

TERIMA KASIH kepada semua guru pengiring yang sanggup berkorban masa dan tenaga bagi mengiring para pelajar kita pada kejohanan ini.

Tahniah, kepada semua pelajar yang telah mengambil bahagian. Pastinya penyertaan di kejohanan ini akan menjadi ingatan manis dan yang paling penting, sijil kebangsaan dah ada dalam tangan ye.

Sekian, dilaporkan.


Thursday 3 August 2017

Majlis Penyerahan Keputusan STPM Penggal 2, 2017

Sempena pengumuman keputusan STPM Penggal 2 hari ini, satu majlis khas telah diadakan bagi menyerahkan slip keputusan kepada semua pelajar.

Majlis bermula dengan pengumuman dan kemudian penyerahan keputusan kepada para pelajar yang mendapat keputusan cemerlang (3.00 pointer). Seramai 17 pelajar berjaya mencapai keputusan cemerlang pada penggal lepas. Pencapaian PNG sekolah juga menunjukkan peningkatan dan beberapa mata pelajaran telah memperbaiki pencapaian. Syabas dan tahniah kepada para pelajar dan guru-guru mata pelajaran berkenaan.

Berikut adalah berapa gambar sepanjang majlis ini berlangsung dari jam 12.50 tengahari hingga 1.50 petang.

Kata aluan dari Pn. Norakmal Omar Setiausaha Peperiksaan STPM
PPUSMKTPD
Ucapan GPK Ting. 6

PENYAMPAIAN KEPUTUSAN PELAJAR CEMERLANG STPM P2, 2017





Cikgu Razi mewakili pelajarnya yang tidak hadir











Sesia bergambar bersama semua pelajar cemerlang
 Majlis diakhiri dengan aktiviti bergambar dan pelajar lain mengambil keputusan dari guru kelas masing-masing.

WARNA WARNI PPUSMKTPD

WARNA WARNI PPUSMKTPD
Majlis Graduasi 2017

Hubungi kami:

Hubungi kami: