Monday 30 July 2018

KOLOKIUM TINGKATAN 6 PERINGKAT NEGERI 2018

Kolokium Tingkatan 6
Peringkat Negeri Sembilan
2018

Tempat:
Kolej Universiti Linton,  Mantin

Tarikh:
30/7/2018

Seramai lebih kurang 10 orang guru dari PT6 PD telah menghadiri kolokium pada kali ini. 

Laporan bergambar:








Cikgu² yang menghadiri kolokium pada tahun ini.  Tahun depan giliran yang lain pula ye.
Tahniah semua. 

Saturday 28 July 2018

PROGRAM HARI ASPIRASI TING. 6 - FOREST HIGH

Hari ini seramai lebih kurang 30 pelajar tingkatan 6 SMK Tinggi Port Dickson diiringi 5 guru telah menyertai Program Hari Inspirasi Tingkatan 6, yang dianjurkan oleh SM Forest High.

Antara acara yang dipertandingkan ialah Merentas Desa & juga Sepak Panelti. SMKTPD telah menjadi johan keseluruhan kategori merentas desa semester 1 & 3. Manakala team lelaki mendapat tempat ke-3. Cikgu Yusri telah menjadi johan acara terbuka.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang mengambil bahagian. Terima kasih kepada guru-guru pengiring yang sudi meluangkan masa bersama pelajar (cikgu Jahara,  cikgu Siti Nurhaliza, cikgu Rumini,  cikgu Yusri (praktikum), cikgu Lam dan akhir sekali cikgu Sobri (gpk t6) kerana datang.

Berikut adalah gambar² yang sempat dirakamkan sepanjang program:
















Friday 27 July 2018

RAKAN UNIVERSITI 2018

Program Rakan Universiti 2018
Dianjurkan Unit Kurikulum Tingkatan 6
SMK Tinggi Port Dickson

Program ini memberi peluang kepada para pelajar tingkatan 6 menimba ilmu dan tips2 pengalaman belajar dari pada bekas pelajar tingkatan 6 di sekolah ini yang telah berjaya ke menara gading.  60% daripada pelajar tingkatan 6 tahun 2017 dapat melanjutkan pelajaran di IPTA seluruh Malaysia. 

Program yang dijalankan secara "mentor-mentee" ini diharapkan dapat membantu para pelajar tingkatan 6 2018 dan memberikan semangat kepada mereka untuk menghadapi peperiksaan yang akan datang. 

Laporan bergambar:

Grup picture

Terima kasih kepada YDP PIBG kerana sudi datang merasmikan program & kepada GPK Akedmik SMKTPD kerana sudi hadir

Bacaan doa oleh adik Hanafi

Ucapan aluan oleh GPK Tingkatan 6, en.  Sobri Saad

Ucapan aluan & perasmian oleh YDP PIBG, en. Ishak b.  Zainal

~ SUASANA DEWAN~










___RAKAN² UNIVERSITI 2018__
Terima Kasih Sekalung Budi
Kepada semua rakan universiti tahun ini atas komitmen yang diberi.  Diharapkan dapat membimbing adik² dengan baik dan ikhlas ya.

Jumpa lagi

Thursday 12 July 2018

KEJOHANAN BADMINTON TERTUTUP

KEJOHANAN BADMINTON TERTUTUP
ANJURAN PERSATUAN TINGKATAN ENAM (PERTINA),  2018

Tarikh:
26 Jun - 12 Julai 2018

Tempat:
Dewan Seri Gemilang, 
SMKTPD

Gambar aktiviti:

Sijil penyertaan

PERTANDINGAN BERMULA 26/6/2018
Pendaftaran/urusetia

Tuan Pengetua memberi sepatah dua kata kepada peserta

Tuan pengetua sendiri beraksi sebelum perlawanan bermula




ACARA FINAL & PENYAMPAIAN HADIAH
(12/7/2018)






Tahniah kepada PERTINA khususnya guru penasihat pn.  Tung, en.  Raja dan cik Siti atas penganjuran ini.

WARNA WARNI PPUSMKTPD

WARNA WARNI PPUSMKTPD
Majlis Graduasi 2017

Hubungi kami:

Hubungi kami: