Friday 5 May 2017

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT DALAMAN SIRI 1 2017

PPUSMKTPD hari ini meriah dengan aktiviti Khidmat Masyarakat Dalaman (Siri 1). Aktiviti ini merupakan sebahagian pengisian sempena Minggu Orientasi Pelajar 6 Rendah tahun 2017. Program bermula dengan aktiviti Senamrobik di dewan sekolah, yang diketuai oleh Pn. Rebiah. 
Selepas memanaskan badan, pelajar 6 rendah bergerak ke blok tingkatan 6 dan memulakan gotong royong membersihkan dan menceriakan kelas-kelas serta kawasan sekitar.


Setelah penat bergotong royong, semua pelajar dan guru yang terlibat dapat membasahkan tekak dengan minuman yang disediakan.
Terima kasih kepada semua pelajar dan guru yang terlibat atas sumbangan tenaga dan masa khususnya kepada AJK Khidmat Masyarakat Pn. Jahara, Pn. Ija dan Pn. Rohhannie beserta PERTINA.

Sekian dilaporkan pada pagi ini





No comments:

WARNA WARNI PPUSMKTPD

WARNA WARNI PPUSMKTPD
Majlis Graduasi 2017

Hubungi kami:

Hubungi kami: